bigoo.ws
ENGLISH PREMIER LEAGUE
LIGA SUPER (MALAYSIA)
FILEM PILIHAN ARIFFSU
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
SELAMAT MEMANGKAH, RAPATKAN UKHWAH
Saturday, March 1, 2008

Seminggu lagi dari tarikh Tok menulis artikel ini, hampir 10 juta rakyat Malaysia akan menjalankan kewajipan sebagai pengundi bagi memberi mandat baru kepada kerajaan dalam Pilihanraya Umum kali ke-12. Sempena seminggu kempen pilihanraya ini, Tok ingin mengambil kesempatan untuk menulis sesuatu agar sekurang-kurangnya dijadikan renungan kepada kita semua. Tanpa prejudis, tulisan ini bukan bermaksud untuk berkempen atau memihak kepada mana-mana parti. Cuma dirasakan sekurang-kurangnya adalah untuk kesejahteran kita bersama.


Sebenarnya bagi Tok ada dua demam yang banyak menghuru-harakan bangsa Melayu kita di negara tercinta ini. Pertamanya Demam Rancangan Hiburan Realiti dan keduanya Demam Pilihanraya. Lupakan pasal demam Akademi Fantasia (Rancangan realiti) dahulu kerana semua sudah maklum akan kemabukan bangsa kita dan natijahnya. Cuma Tok nak bercakap sikit pasal demam pilihanraya. Secara sedar atau tidak, sebenarnya bangsa Melayu kita ini terlalu gila berpolitik berbanding bangsa-bangsa lain yang terdapat di Malaysia ini. Kerana terlalu gila berpolitiklah sehingga kita terlupa tentang kepentingan bangsa Melayu dan sudah semestinya agama Islam itu sendiri. Kalau bangsa lain berpolitik ketika tiba musim pilihanraya, tetapi istimewanya bangsa kita ini kerana boleh terus berpolitik sepanjang masa. Tok tidak hairan kalau yang berpolitik sepanjang masa itu adalah ahli politik kerana itu tetapi yang menjadi persoalannya ialah orang-orang yang dibawah atau juak-juak ini turut sama berpolitik sehingga bangsa kita berpecah-belah dan porak peranda. Justeru tidak hairanlah kalau di negara kita ini ada masjid parti A dan ada masjid parti B. Kita juga boleh melihat bagaimana kerana berbeza fahaman politik, adik beradik sanggup putus saudara dan pelbagai musibah lain yang sememangnya menghuru-harakan bangsa kita ini.


Jadi sempena demam pilhanraya ini dan seminggu lagi kita akan sama-sama keluar mengundi adalah diharapkan kita semua dapat bermuhasabah dan menjaga tatasusila sebagai seorang yang beriman dan juga menjaga adab dan budaya bangsa kita sendiri. Agak sedih melihat bangsa kita bercakaran dan bersengketa dalam musim pilihanraya ini sedangkan bangsa-bangsa lain tidak berbuat demikian. Oleh kerana merebutkan secebis kuasa untuk bergelar yang berhormat, bangsa kita sanggup menjatuhkan bangsa sendiri, menfitnah, mencerca, mencaci dan segala perbuatan lain yang haram tetapi menjadi halal dalam situasi sekarang ini. Pandangan ini bukanlah hendak menidakkan kepentingan pilihanraya ini dan hak kita sebagai pengundi, tetapi seharusnya kita sama-sama dapat berfikir dengan rasional dan waras dengan apa yang kita lakukan hari ini. Oleh kerana terlalu ghairah berkempen dan menyokong parti yang kita pilih, kita seakan terlupa dengan batas-batas yang perlu ada untuk mempertahankan kepentingan bangsa kita sendiri. Hal ini menjadi lebih buruk apabila kerana terlalu fanatik kita terpaksa bermusuhan dengan semua orang yang tidak menyebelahi kita sedangkan kepentingan bangsa dan tali persaudaraan sesama muslim ini lebih penting dari pendirian politik yang kita anuti.


Sehubungan dengan itu, apa yang lebih penting untuk diingatkan di sini ialah walau apapun parti politik yang ingin kita sokong seharusnya kita memelihara kesejahteraan dan tali persaudaraan keluarga. Tiada untungnya kalau parti yang kita sokong menang andainya hubungan kita sesama keluarga dan rakan-rakan terputus hanya kerana perbezaan ideologi politik. Tiada untungnya kita bertengkar dan bermasam muka hanya kerana menyokong bendera yang berbeza sedangkan mereka yang kita sokong itu hidup senang lenang. Jalan yang terbaik andai terlalu payah sangat hendak memilih calon untuk mengundi ialah dengan membuat solat istikarah dan kalaupun kita hendakkan sangat parti yang kita anuti menang, buatlah solat hajat. Mohon keizinan daripada Allah SWT. Tak perlulah kita terlalu taksub sehingga terlupa setiap ketentuan yang terjadi itu adalah takdir dan jika Allah izinkan apa yang kita inginkan boleh berlaku.


Jadi melalui tulisan ini, tok ingin menyeru kepada sanak saudara sekalian agar dalam kita menunaikan tanggungjawab kita untuk memangkah minggu depan kita juga seharusnya sama-sama bersatu untuk merapatkan ukhwah antara kita. Tiada gunanya kita bertengkar dan bermasam muka hanya kerana poster dan bendera. Tiada untungnya kita tidak bertegur sapa hanya kerana lawan berbeza. Dalam keghairahan demam pilihanraya ini juga seharusnya kita tidak lupa dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita sehingga kita lalai dalam melaksanakan kerja sendiri. Kalau kita pandai bercakap tentang halal dan haram kita seharusnya juga tahu sekiranya kita tidak menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita kerana terlalu sibuk dengan kempen pilihanraya maka hasil ganjaran gaji yang kita terima juga boleh menjadi haram. Jadi, sama-samalah kita berfikir dan bermuhasabah diri agar kita tidak lalai dan leka dengan segala hasutan dan sifat dengki mendengki sehingga kita lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita perolehi hari ini. Selamat Memangkah Rapatkan Ukhwah! Wassalam
posted by Cucu Tok Pin @ 3:04 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
TENTANG KELUARGA
My Photo
Name:
Location: Parit Buntar, Perak, Malaysia
CATATAN SEBELUM INI
ARKIB
PERSONALITI PILHAN ARIFFSU
DIARI / AKTIVITI
HARI INI DALAM SEJARAH
2 Jun(Ezri), 6 Jun (Azrein), 10 Jun (Mak Su Ina), 12 Jun (arwah Haji Ariffin), 23 Jun (Acik Ajat)
PAUTAN
SEMBANG-SUMBANG ARIFFSU

PILIHAN ARIFFSU
PASUKAN MANAKAH AKAN MENJADI JUARA LIGA 2009?






ROMBONGAN ARIFFSU KE PANTAI TIMUR





PASUKAN PILIHAN ANDA UNTUK EPL 2008/2009









View Results
HUBUNGI KAMI
"TERATAK ARIFFIN" F 292, SIMPANG EMPAT, KAMPUNG KEDAH, 34200 PARIT BUNTAR, PERAK. TELEFON : 05-7169310
© 2007 SEBUAH LAMAN BLOG KELUARGA TUK PIN & CHE SU HAKMILIK PERIBADI KELUARGA TOK PIN & CHE SU