bigoo.ws
ENGLISH PREMIER LEAGUE
LIGA SUPER (MALAYSIA)
FILEM PILIHAN ARIFFSU
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
PEMAKLUMAN
Wednesday, December 23, 2009
OLEH KERANA PENGGUNAAN LAMAN FACEBOOK LEBIH EFEKTIF DAN MUDAH, MAKA BLOG ARIFFSU TIDAK LAGI BEROPERASI. SEMUA MAKLUMAT BERKAITAN KELUARGA ARIFFSU BOLEH DIDAPATI DENGAN MEMASUKI KUMPULAN KELUARGA ARIFFSU DI FACEBOOK.

HARAP MAKLUM.
posted by Cucu Tok Pin @ 9:18 AM   0 comments
TAHNIAH DAN TAKZIAH
Wednesday, March 18, 2009
Tok ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Erma dan pasangannya (nama tak tahu..he..he..) yang baru sahaja melangsungkan mereka di Rawang pada hari Ahad lepas (15/3/2009). Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Maaflah sebab tak dapat pergi kerana sudah terikat dengan tugasan pejabat yang telah diberi dari awal lagi. Tok juga ingin mengucapkan takziah kepada para penyokong Manchester United yang telah menerima kekalahan memalukan di tangan mush tradisi iaitu Liverpool pada malam Sabtu lepas. Dikhabarkan para penyokong MU yang pada mulanya begitu ghairah untuk menyaksikan pasukan mereka membenam Liverpool di tempat sendiri akhirnya tidak dapat tidur lena pada malam tersebut setelah di belasah teruk 4-1. Menurut cerita, para penyokong MU terpaksa menutup telefon bimbit masing-masing setelah tidak tahan menerima sms kutukan daripada para penyokong Liverpool....he...he...
posted by Cucu Tok Pin @ 12:44 PM   0 comments
ROMBONGAN ARIFFSU KE PANTAI TIMUR
Wednesday, February 11, 2009
Setelah mendapat permintaan untuk membuat satu rombongan Keluarga Ariffsu Ke Pantai Timur, maka satu kertas kerja telah dibuat dan di bawah ini adalah jadual perjalanan rombongan. Sebagai makluman, rombongan ini adalah dengan menaiki bas dan anggaran perbelanjaan lebih kurang RM 120.oo setiap orang (pengangkutan & penginapan). Mana-mana ahli keluarga Ariffsu atau rakan-rakan yang berminat untuk menyertai rombongan ini boleh mendaftar kepada mana-mana ahli Keluarga Ariffsu yang anda kenal atau hubungi urus setia di talian : 012-4331700 (Rahman) atau 012-4931700 (sharrul).
3.6.1 – Jadual rombongan

1 Mei 2009 (Jumaat)
7.00 pagi

Bertolak dari Teratak Ariffsu atau dari Kulim
Perjalanan ke Kuala Terengganu

2.
1 Mei 2009 (Jumaat)
4.00 petang
Sampai di Kuala Terengganu
- Terus rumah penginapan
Rehat / aktiviti bebas

3.
1 Mei 2009 (Jumaat)
8.30 malam – 11.00 malam
Sekitar bandar Kuala Terengganu
Makan Malam / Melawat Sekitar Bandar / Bebas

4.
2 Mei 2009 (Sabtu)
9.00 – 12.30 tgh
Pasar Payang
Melawat & membeli belah

5.

2 Mei 2009 (Sabtu)
12.30 – 3.00 ptg
Masjid Kristal & Taman Monumen
Makan / Melawat & Solat

6.
2 Mei 2009 (Sabtu)
3.00 – 4.00 ptg
Kedai Keropok Lekor –
Losong
Membeli keropok / minum petang

7.
2 Mei 2009 (Sabtu)
4.00 – 6.30
Bertolak ke Kota Baharu.
(perjalanan melalui jalan pantai)
Perjalanan ke negeri Kelantan

8.

2 Mei 2009 (sabtu)
6.30 – 8.00 malam
Zaman Sejahtera Inn
Solat Maghrib / rehat

9.
2 Mei 2009 (Sabtu)
8.00 – 11.00 malam
Wakaf Che Yeh
Makan Malam / Membeli belah - Rehat

10.

3 Mei 2009 (Ahad)
9.00 – 12.30 tgh
Pasar Siti Khatijah /
Bazar Buluh Kubu / Kg. Kraf tangan
Sarapan pagi – Membeli Belah - Melawat

16.

3 Mei 2009 (Ahad)
12.30 -1.30 tgh
Perjalanan ke Rantau Panjang
Melalui Pasir Mas

17.

3 Mei 2009 (Ahad)
1.30 – 4.00 ptg
Pekan Rantau Panjang
Membeli belah

18.

3 Mei 2009 (Ahad)
4.00 – 10.00 mlm
Perjalanan balik ke Parit Buntar
Aktiviti Bebas
posted by Cucu Tok Pin @ 8:18 AM   0 comments
SALAM TAHUN BARU
Monday, January 5, 2009
Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 dan Selamat tahun Baru 2009 kepada semua kaum kerabat Ariffsu tak kira di mana berada. Semoga semua bersiap sedia mengharungi gelombang yang mendatang dan segala kenangan 2008 dijadikan panduan dan pedoman. Untuk makluman bagi mereka yang mungkin tidak dimaklumkan, bulan lepas Andak (Abdul Rahman Ariffin) beberapa kali telah dimasukkan ke hospital kerana menghidapi penyakit berkaitan usus. Terima kasih kepada semua yang telah datang menziarah beliau di hospital dan juga di rumah. Terima kasih juga buat saudara-mara semua yang bersengkang mata dalam menjaga Andak di hospital dan di rumah. Buat masa ini Andak sedang berehat di rumah dan keadaan beliau semakin pulih. Hujung bulan lepas juga Tuk terlibat dengan kemalangan kecil di kampung (sila layari : www.sharrulrizal.blogspot.com). Alhamdulillah, mujur semuanya selamat, cuma kereta sahaja yang masih tersadai di bengkel. Insyaaalah, hujung minggu ni akan balik untuk mengambil kereta kesayangan. Tidak lupa juga nak ucapkan tahniah kepada Una (anak Uda) yang telah memperolehi 8A dalam peperiksaan PMR yang lepas. Semoga kejayaan ini dapat menyuntik semangat kepada ahli-ahli keluarga Ariffsu yang lain. Khabarnya juga ada ura-ura untuk membuat rombongan ke pantai timur pada bulan Mei nanti. Insyaallah, tok akan siapkan apa-apa yang perlu untuk persediaan rombongan itu nanti. Harap-harap ahli keluarga Ariffsu dapat memberi respon atau pandangan dahulu berhubung perkara ini. Sampai sini dahulu buat kali ini. Semoga kita berjumpa lagi di lain masa....
posted by Cucu Tok Pin @ 2:48 PM   0 comments
SALAM AIDILADHA
Sunday, December 7, 2008
Salam Aidiladha diucapkan kepada seluruh kaum keluarga Ariffsu, sahabat, rakan dan sesiapa sahaja yang mengenali keluarga ini. Semoga Aidiladha ini dapat disambut bersama-sama dengan penuh keberkatan dan keinsafan. Insyaallah tahun ni agak ramai yang akan pulang beraya di Teratak Ariffsu. Antaranya keluarga Rosnah, Keluarga Roslan, Boy & Famili, Tok (sharrul) & family, Am Toya, Acik, Andak dan mungkin ada lagi yang akan pulang. Jemputlah datang ke Teratak Ariffsu sempena sambutan Aidiladha nanti. Semoga kita semua dapat merapatkan lagi hubungan silaturahhim yang sentiasa terjalin ini....
posted by Cucu Tok Pin @ 3:35 PM   0 comments
MARI KEMBALI MEMERIAHKAN BLOG ARIFFSU
Wednesday, November 26, 2008
Walaupun Tok tahu ramai daripada kita yang agak sibuk, dan ramai juga yang sudah mempunyai Facebook sendiri tapi rasanya marilah kita sama-sama memeriahkan kembali blog ini. Tok sendiri pun agak sibuk kebelakangan ini sehingga tak mampu mengemaskini bahan blog. Bila dah ada masa ni rasanya boleh la kita sama-sama memeriahkan kembali seperti dahulu. Pertama sekali tok dah masukkan carta EPL 2008/2009, jadi kepada para penyokong pasukan masing-masing boleh la mula mengutuk pasukan lawan he...he..he..Tak lupa juga ucapan Selamat Hari Lahir yang ke-30 kepada Nik Asmi Faizal (he..he...he...dah 30 rupanya) yang akan disambut pada 28 November ini. Semoga panjang umur dan cepat-cepatlah menamatkan zaman bujang....oklah sampai sini dulu, wassalam!!!
posted by Cucu Tok Pin @ 9:21 AM   1 comments
AL-FATIHAH-UNCLE Z
Sunday, November 23, 2008
Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Pakcik Zakaria (Uncle Z @ Karia Panglima) atas perginya Allahyarham pada hari Sabtu 22 November 2008 dalam perjalanan ke hospital Parit Buntar. Khabarnya Allahyarham telah jatuh berhampiran kedai kopi Pak Lang Rad. Mengenang kembali hubungan Allahyarham dengan keluarga Ariffsu sebagai jiran terdekat, walaupun tidak mempunyai apa-apa pertalian saudara namun Allahyarham banyak membantu dan sentiasa bersedia untuk menolong sekiranya diminta. Tok teringat lagi masa zaman kecil ketika tiba musim perayaan atau musim cuti sekolah, kita akan beramai-ramai menumpang mandi di rumah Uncle Z. Dan sememangnya banyak lagi kenangan dengan Uncle Z yang mungkin akan terus terpahat dalam ingatan. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.....
posted by Cucu Tok Pin @ 10:34 AM   0 comments
TENTANG KELUARGA
My Photo
Name:
Location: Parit Buntar, Perak, Malaysia
CATATAN SEBELUM INI
ARKIB
PERSONALITI PILHAN ARIFFSU
DIARI / AKTIVITI
HARI INI DALAM SEJARAH
2 Jun(Ezri), 6 Jun (Azrein), 10 Jun (Mak Su Ina), 12 Jun (arwah Haji Ariffin), 23 Jun (Acik Ajat)
PAUTAN
SEMBANG-SUMBANG ARIFFSU

PILIHAN ARIFFSU
PASUKAN MANAKAH AKAN MENJADI JUARA LIGA 2009?






ROMBONGAN ARIFFSU KE PANTAI TIMUR





PASUKAN PILIHAN ANDA UNTUK EPL 2008/2009









View Results
HUBUNGI KAMI
"TERATAK ARIFFIN" F 292, SIMPANG EMPAT, KAMPUNG KEDAH, 34200 PARIT BUNTAR, PERAK. TELEFON : 05-7169310
© 2007 SEBUAH LAMAN BLOG KELUARGA TUK PIN & CHE SU HAKMILIK PERIBADI KELUARGA TOK PIN & CHE SU