Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Pakcik Zakaria (Uncle Z @ Karia Panglima) atas perginya Allahyarham pada hari Sabtu 22 November 2008 dalam perjalanan ke hospital Parit Buntar. Khabarnya Allahyarham telah jatuh berhampiran kedai kopi Pak Lang Rad. Mengenang kembali hubungan Allahyarham dengan keluarga Ariffsu sebagai jiran terdekat, walaupun tidak mempunyai apa-apa pertalian saudara namun Allahyarham banyak membantu dan sentiasa bersedia untuk menolong sekiranya diminta. Tok teringat lagi masa zaman kecil ketika tiba musim perayaan atau musim cuti sekolah, kita akan beramai-ramai menumpang mandi di rumah Uncle Z. Dan sememangnya banyak lagi kenangan dengan Uncle Z yang mungkin akan terus terpahat dalam ingatan. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah..... |