bigoo.ws
ENGLISH PREMIER LEAGUE
LIGA SUPER (MALAYSIA)
FILEM PILIHAN ARIFFSU
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
SELAMAT TAHUN BARU 2008
Monday, December 31, 2007
Diam tak diam esok tahun 2007 akan menginjak ke angka 2008, secara tidak langsung juga akan mengubah kedudukan angka umur kita sendiri. Bila tiba tahun baru sahaja, pasti orang akan terus akan bercakap tentang azam. Tok sendiri tak pasti adakah ini satu kemestian yang perlu atau telah menjadi satu budaya yang perlu kita turuti. Pastinya apabila menuju ke akhir tahun, ramai yang mula bercakap pasal azam tahun baru, dan ntah apa-apa lagi yang berkaitan dengannya. Yang pasti ramai yang hanya pandai berazam tetapi yang mengotakan azam tersebut hanya mungkin beberapa kerat sahaja. Itu baru cerita pasal azam, sambutannya pula satu cerita lain yang tak kurang menarik. Bila tiba tahun baru sahaja kita akan dihidangkan dengan pelbagai acara sambutan. Bermula dari konsert besar-besaran sehinggalah ke pesta bunga api yang menyemarak setiap negeri di negara kita. Bagi Tok tiada apa yang menarik sangat apabila tibanya tahun baru masihi ini. Kita tetap sama, mungkin angka sahaja yang akan berubah. Bagi mereka yang ingin terus berazam, silakanlah dan harapnya segala yang diinginkan itu tercapai. Namun bagi Tok ketika menuju ke penghujung tahun ini apa salahnya kita mengimbas kembali apa yang telah kita lalui sepanjang tahun 2007 ini.

Seharusnya kita dapat bermuhasabah diri mengenai kekurangan diri yang harus diperbaiki untuk menempuh hari-hari mendatang. Bagi yang suka membazir, mungkin boleh kurangkan sikit tabiat membazir tu. Bagi yang suka menipu, sekurang-kurangnya tahun yang akan datang ini tabiat itu seharusnya tidak lagi menjadi tabiat. Begitulah juga dengan perkara-perkara lain. Dalam erti kata lain kita mencari jalan untuk memperbaiki diri untuk berubah sifat-sifat yang kurang baik kepada yang baik dan lebih baik. Sebagai seorang Islam, sama ada kita sedar atau tidak setiap hari kita sentiasa ditunjukkan jalan untuk berubah. Seruan azan “Marilah menuju kejayaan” secara tidak langsung mengajak kita untuk terus berusaha mencari kejayaan dan dalam bacaan al-Fatihah juga kita sentiasa memohon untuk “Tunjukkan aku jalan yang lurus” . Untuk mencapai kejayaan kita seharusnya sentiasa bersedia untuk berubah dan sememangnya mencari jalan yang diredhai Allah. Kita tidak perlu untuk menunggu akhir tahun atau awal tahun baru untuk berubah dan berazam kerana setiap saat dan jam kita boleh berubah andainya kita mempunyai keyakinan dan iltizam diri.

Ketibaan tahun baru juga bukan bermakna kita diberi kebebasan untuk berhibur sehingga lupa diri. Apa salahnya masa yang sering kita gunakan untuk berhibur menyambut tahun baru ini diisi dengan berkumpul sesama ahli keluarga demi untuk mengeratkan lagi hubungan yang sentiasa erat terjalin. Rasanya itu lebih afdal daripada kita terkinja-kinja di pub-pub atau disko atau berpesta di konsert hiburan hanya demi untuk menyambut tahun baru yang akan terus disambut saban tahun beribu tahun lagi. Entahlah, budaya terlalu gilakan hiburan ini seakan-akan merasuk masyarakat kita dewasa ini sehingga apa sahaja kita perlu disogokkan dengan hiburan. Semoga budaya ini tidak berterusan dan kita mampu menjadi satu bangsa yang lebih bermaruah.

Apapun tahun baru tetap akan tiba. Selamat Tahun Baru 2008 kepada semua saudara-mara dan sahabat handai keluarga Ariffsu yang telah mengunjungi blog ini. Semoga kita semua terus dirahmati Allah S.W.T sepanjang tahun yang bakal kita lalui ini. Sama-samalah kita berdoa agar kita sentiasa dilimpahi rezeki dan dapat hidup dengan aman dalam negara tercinta ini.

posted by Cucu Tok Pin @ 8:42 AM   0 comments
SALAM AIDILADHA
Tuesday, December 18, 2007

Kesempatan yang ada ni, Tuk sebagai penyelenggara laman Blog Ariffsu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat seluruh kaum keluarga Ariffsu di mana jua anda berada. Tak lupa juga buat semua kaum kerabat dan rakan-rakan keluarga Ariffsu yang banyak memeriahkan lagi keluarga besar ini. Tok juga mewakili Keluarga Ariffsu ingin mengucapkan Salam Aidiladha buat seluruh umat Islam di Malaysia ini. Semoga hari yang mulia ini dapat disambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Jangan lupa untuk sunat Sembahyang Aidiladha dan jemputlah datang ke Teratak Ariffsu pada 22 Dec 2007 ini kerana ada majlis makan kecil-kecilan akan dibuat. Insyaallah....
posted by Cucu Tok Pin @ 5:02 PM   0 comments
KETIKA INI SUATU WAKTU DAHULU...-PART II
Saturday, December 8, 2007
Ni ha ada gambar-gambar lain untuk tatapan semua...
posted by Cucu Tok Pin @ 12:18 PM   0 comments
MOYANG KITA
Thursday, December 6, 2007
Mungkin ada diantara saudara-saudara sekalian yang tidak pernah menatap potret ini. Aku mendapat gambar potret ini semasa mengeledah almum-album lama di Teratak Ariffsu. Hasilnya terjumpalah potret ini. Untuk makluman anda semua gambar (anak panah) orang tua itu adalah moyang kita iaitu datuk kepada datuk kita (allahyarham Ariffin Ismail). Dalam erti kata lain, beliau ialah moyang kita. Namanya Haji Din Bin Mat Diah dan menurut sumber yang dipercayai allahyarham meninggal sekitar tahun 1963-64. Tarikh lahirnya pula masih tidak diketahui hingga setakat ini. Dengan terjumpanya gambar ini aku harap kita semua bersama-sama dapat berusaha mencari gambar atau peninggalan lain milik nenek moyang kita agar segalanya dapat dipelihara dengan baik dan dijadikan khazanah buat anak cucu kita nanti. Dan semoga roh allahyarham nenek moyang kita semua ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah...

posted by Cucu Tok Pin @ 12:34 PM   0 comments
KETIKA INI SUATU WAKTU DAHULU...
Wednesday, December 5, 2007
Ketika balik ke Parit Buntar baru-baru ini aku sempat membelek beberapa buah album lama di Teratak Ariffsu dan kesudahannya tataplah gambar-gambar ini sebagai kenangan 16 tahun yang lalu...

posted by Cucu Tok Pin @ 1:03 PM   0 comments
TENTANG KELUARGA
My Photo
Name:
Location: Parit Buntar, Perak, Malaysia
CATATAN SEBELUM INI
ARKIB
PERSONALITI PILHAN ARIFFSU
DIARI / AKTIVITI
HARI INI DALAM SEJARAH
2 Jun(Ezri), 6 Jun (Azrein), 10 Jun (Mak Su Ina), 12 Jun (arwah Haji Ariffin), 23 Jun (Acik Ajat)
PAUTAN
SEMBANG-SUMBANG ARIFFSU

PILIHAN ARIFFSU
PASUKAN MANAKAH AKAN MENJADI JUARA LIGA 2009?






ROMBONGAN ARIFFSU KE PANTAI TIMUR





PASUKAN PILIHAN ANDA UNTUK EPL 2008/2009









View Results
HUBUNGI KAMI
"TERATAK ARIFFIN" F 292, SIMPANG EMPAT, KAMPUNG KEDAH, 34200 PARIT BUNTAR, PERAK. TELEFON : 05-7169310
© 2007 SEBUAH LAMAN BLOG KELUARGA TUK PIN & CHE SU HAKMILIK PERIBADI KELUARGA TOK PIN & CHE SU