Kesempatan ini Tok ingin ambil untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan buat seluruh kaum keluarga Ariffsu. Semoga Ramadan ini dapat disambut dengan penuh kesederhanaan dan kesyukuran. Maaf dipinta kerana tidak dapat bersama-sama kaum keluarga yang lain semasa kenduri kesyukuran tempoh hari. Selain tu tok juga ingin memohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk mengemaskini laman blog ini dengan selalu kerana kekangan kerja di pejabat. Sememangnya bermula Mei-September adalah musim sibuk Tok di pejabat dan juga luar pejabat. Insya Allah lepas ni kalau ada kelapangan boleh la mengemaskini dengan lebih kerap. Tahniah juga diucapkan buat para penyokong Kedah dari keluarga Ariffsu atas kemenangan pasukan hijau kuning merangkul lagi sekali tiga kejuaraan pada musim ini. Insya Allah tahun depan Yop akan mengganas kembali...Walau apa pun, semoga kita semua dapat berpuasa dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Berjumpa nanti di Teratak Ariffsu untuk sama-sama meraikan kehadiran Syawal yang mulia. Tok akan balik pada hari raya ketiga untuk bercuti selama satu minggu...Jumpa di sana...!!!! |