bigoo.ws
ENGLISH PREMIER LEAGUE
LIGA SUPER (MALAYSIA)
FILEM PILIHAN ARIFFSU
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
SALAM TAHUN BARU
Monday, January 5, 2009
Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 dan Selamat tahun Baru 2009 kepada semua kaum kerabat Ariffsu tak kira di mana berada. Semoga semua bersiap sedia mengharungi gelombang yang mendatang dan segala kenangan 2008 dijadikan panduan dan pedoman. Untuk makluman bagi mereka yang mungkin tidak dimaklumkan, bulan lepas Andak (Abdul Rahman Ariffin) beberapa kali telah dimasukkan ke hospital kerana menghidapi penyakit berkaitan usus. Terima kasih kepada semua yang telah datang menziarah beliau di hospital dan juga di rumah. Terima kasih juga buat saudara-mara semua yang bersengkang mata dalam menjaga Andak di hospital dan di rumah. Buat masa ini Andak sedang berehat di rumah dan keadaan beliau semakin pulih. Hujung bulan lepas juga Tuk terlibat dengan kemalangan kecil di kampung (sila layari : www.sharrulrizal.blogspot.com). Alhamdulillah, mujur semuanya selamat, cuma kereta sahaja yang masih tersadai di bengkel. Insyaaalah, hujung minggu ni akan balik untuk mengambil kereta kesayangan. Tidak lupa juga nak ucapkan tahniah kepada Una (anak Uda) yang telah memperolehi 8A dalam peperiksaan PMR yang lepas. Semoga kejayaan ini dapat menyuntik semangat kepada ahli-ahli keluarga Ariffsu yang lain. Khabarnya juga ada ura-ura untuk membuat rombongan ke pantai timur pada bulan Mei nanti. Insyaallah, tok akan siapkan apa-apa yang perlu untuk persediaan rombongan itu nanti. Harap-harap ahli keluarga Ariffsu dapat memberi respon atau pandangan dahulu berhubung perkara ini. Sampai sini dahulu buat kali ini. Semoga kita berjumpa lagi di lain masa....
posted by Cucu Tok Pin @ 2:48 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
TENTANG KELUARGA
My Photo
Name:
Location: Parit Buntar, Perak, Malaysia
CATATAN SEBELUM INI
ARKIB
PERSONALITI PILHAN ARIFFSU
DIARI / AKTIVITI
HARI INI DALAM SEJARAH
2 Jun(Ezri), 6 Jun (Azrein), 10 Jun (Mak Su Ina), 12 Jun (arwah Haji Ariffin), 23 Jun (Acik Ajat)
PAUTAN
SEMBANG-SUMBANG ARIFFSU

PILIHAN ARIFFSU
PASUKAN MANAKAH AKAN MENJADI JUARA LIGA 2009?






ROMBONGAN ARIFFSU KE PANTAI TIMUR





PASUKAN PILIHAN ANDA UNTUK EPL 2008/2009









View Results
HUBUNGI KAMI
"TERATAK ARIFFIN" F 292, SIMPANG EMPAT, KAMPUNG KEDAH, 34200 PARIT BUNTAR, PERAK. TELEFON : 05-7169310
© 2007 SEBUAH LAMAN BLOG KELUARGA TUK PIN & CHE SU HAKMILIK PERIBADI KELUARGA TOK PIN & CHE SU