Salam Aidiladha diucapkan kepada seluruh kaum keluarga Ariffsu, sahabat, rakan dan sesiapa sahaja yang mengenali keluarga ini. Semoga Aidiladha ini dapat disambut bersama-sama dengan penuh keberkatan dan keinsafan. Insyaallah tahun ni agak ramai yang akan pulang beraya di Teratak Ariffsu. Antaranya keluarga Rosnah, Keluarga Roslan, Boy & Famili, Tok (sharrul) & family, Am Toya, Acik, Andak dan mungkin ada lagi yang akan pulang. Jemputlah datang ke Teratak Ariffsu sempena sambutan Aidiladha nanti. Semoga kita semua dapat merapatkan lagi hubungan silaturahhim yang sentiasa terjalin ini.... |