bigoo.ws
ENGLISH PREMIER LEAGUE
LIGA SUPER (MALAYSIA)
FILEM PILIHAN ARIFFSU
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
MARI KEMBALI MEMERIAHKAN BLOG ARIFFSU
Wednesday, November 26, 2008
Walaupun Tok tahu ramai daripada kita yang agak sibuk, dan ramai juga yang sudah mempunyai Facebook sendiri tapi rasanya marilah kita sama-sama memeriahkan kembali blog ini. Tok sendiri pun agak sibuk kebelakangan ini sehingga tak mampu mengemaskini bahan blog. Bila dah ada masa ni rasanya boleh la kita sama-sama memeriahkan kembali seperti dahulu. Pertama sekali tok dah masukkan carta EPL 2008/2009, jadi kepada para penyokong pasukan masing-masing boleh la mula mengutuk pasukan lawan he...he..he..Tak lupa juga ucapan Selamat Hari Lahir yang ke-30 kepada Nik Asmi Faizal (he..he...he...dah 30 rupanya) yang akan disambut pada 28 November ini. Semoga panjang umur dan cepat-cepatlah menamatkan zaman bujang....oklah sampai sini dulu, wassalam!!!
posted by Cucu Tok Pin @ 9:21 AM   1 comments
AL-FATIHAH-UNCLE Z
Sunday, November 23, 2008
Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Pakcik Zakaria (Uncle Z @ Karia Panglima) atas perginya Allahyarham pada hari Sabtu 22 November 2008 dalam perjalanan ke hospital Parit Buntar. Khabarnya Allahyarham telah jatuh berhampiran kedai kopi Pak Lang Rad. Mengenang kembali hubungan Allahyarham dengan keluarga Ariffsu sebagai jiran terdekat, walaupun tidak mempunyai apa-apa pertalian saudara namun Allahyarham banyak membantu dan sentiasa bersedia untuk menolong sekiranya diminta. Tok teringat lagi masa zaman kecil ketika tiba musim perayaan atau musim cuti sekolah, kita akan beramai-ramai menumpang mandi di rumah Uncle Z. Dan sememangnya banyak lagi kenangan dengan Uncle Z yang mungkin akan terus terpahat dalam ingatan. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.....
posted by Cucu Tok Pin @ 10:34 AM   0 comments
TENTANG KELUARGA
My Photo
Name:
Location: Parit Buntar, Perak, Malaysia
CATATAN SEBELUM INI
ARKIB
PERSONALITI PILHAN ARIFFSU
DIARI / AKTIVITI
HARI INI DALAM SEJARAH
2 Jun(Ezri), 6 Jun (Azrein), 10 Jun (Mak Su Ina), 12 Jun (arwah Haji Ariffin), 23 Jun (Acik Ajat)
PAUTAN
SEMBANG-SUMBANG ARIFFSU

PILIHAN ARIFFSU
PASUKAN MANAKAH AKAN MENJADI JUARA LIGA 2009?






ROMBONGAN ARIFFSU KE PANTAI TIMUR





PASUKAN PILIHAN ANDA UNTUK EPL 2008/2009









View Results
HUBUNGI KAMI
"TERATAK ARIFFIN" F 292, SIMPANG EMPAT, KAMPUNG KEDAH, 34200 PARIT BUNTAR, PERAK. TELEFON : 05-7169310
© 2007 SEBUAH LAMAN BLOG KELUARGA TUK PIN & CHE SU HAKMILIK PERIBADI KELUARGA TOK PIN & CHE SU